Kalumpang Resort And Training Centre

Alamilah Sendiri Kesejukan Air Sungai Semulajadi

 Untuk memenuhi keselesaan para pengunjung, pihak Kalumpang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan, selain memastikan para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semulajadi dengan tenang......
Antara kemudahan yang telah disediakan adalah:













                                                                                                        

   

CHALET

Kalumpang Resort mempunyai 54 unit chalet pelbagai jenis. Kesemua chalet ini di hiasi dengan keindahan alam semulajadi yang tersendiri bagi menambat hati setiap pengunjung yang menjejakkan kaki di sini...
Antara chalet yang terdapat di Kalumpang Resort ialah:-

  Chalet 1 1/2 Tingkat                                                                                
  Chalet River View
  Chalet 1 1/2 Tingkat Besar                                                                 
  Chalet Atas Bukit
  Chalet Villa Suite                                                                  
  Chalet Hill Homes
  Chalet Tepi Sungai                                              
  Chalet Kabin
  Chalet VIP Suite                                    
  Chalet Perindu 
  Chalet Serama                       
  Chalet Walid
  Chalet Kiwi
  Chalet Kedidi

Kemudahan_Lain




































                                       

Chalet 1 1/2 Tingkat

 
 
              

Harga
Hujung Minggu : RM 220 / Hari / Unit
Hari Biasa : RM 200 / Hari / Unit 

Chalet 1 1/2 Tingkat ini terdiri dari dua jenis iaitu Chalet Kenari (2 Unit) dan Chalet Camar (5 Unit). Kedua-dua chalet ini dilengkapi dengan sebuah loteng yang turut dijadikan sebagai tempat tidur. Chalet binaan kayu dan batu ini setiap satunya, boleh dihuni oleh 5 - 6 orang. (Maksimum 6 Orang). Walaupun mendapat sentuhan ala kampung, chalet ini turut dilengkapi dengan televisyen, ASTRO, kipas dan aircond. Chalet Kenari terletak berhampiran sungai manakala Chalet Camar berada di bahagian hadapan resort dan di dalam taman yang dilengkapi dengan kolam ikan, pokok buah-buahan dan lanskap yang memukau hati setiap pengunjung.
 

 
 

Kembali





























                                                                





                                                                                                              
Chalet 1 1/2 Tingkat Besar

                                                         
Harga 
Hujung Minggu : RM 270 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 250 / Unit / Hari 

Chalet 1 1/2 Tingkat Besar atau lebih dikenali sebagai Chalet Merak berada betu-betul dihadapan kolam mandi kanak-kanak. Rekabentuknya sama dengan Chalet 1 1/2 Tingkat Biasa, cuma chalet ini lebih luas berbanding Chalet 1 1/2 Tingkat Biasa. Chalet ini berkembar dan mempunyai 'connecting door' yang menghubungkan kedua-duanya.
Ia dilengkapi dengan 1 unit katil kelamin di tingkat bawah, manakala di tingkat atas terdapat 4 unit tilam bujang selain kemudahan televisyen, aircond, kipas di tingkat atas serta astro. Chalet ini amat sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga di antara 7 - 8 orang (Maksimum 8 Orang), kerana kedudukannya yang berhampiran dengan kolam mandi, serta berada di tengah-tengah resort.
 

  

Kembali































                                               
 
 
 
Chalet Villa Suite
                                                                                                    

                                         
Harga
Hujung Minggu : RM 220 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 200 / Unit / Hari

Chalet Villa Suite ini merupakan chalet 2 tingkat dan setiap tingkatnya mempunyai 2 unit chalet. Chalet binaan batu ini setiap satunya mempunyai 1 bilik yang dilengkapi dengan 2 unit katil bujang serta 1 unit pull out dan aircond. Di ruang tamunya pula terdapat 1 unit set sofa, televisyen, astro, kipas dan almari pakaian. Setiap unit chalet ini sesuai untuk 2 - 3 orang (Maksimum 4 Orang). Walau bagaimanapun, ruang tamunya masih selesa untuk tambahan 1 unit tilam bujang. Chalet ini amat diminati oleh pengunjung kerana binaannya yang mesra pelanggan.
 

                                             
Kembali









































Chalet Tepi Sungai

 
        
 


Harga
Hujung Minggu : RM 220 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 200 / Unit / Hari

Terdapat 7 unit chalet di bawah Chalet Tepi Sungai iaitu Tiung (2 Unit), Merbah (2 Unit), Tempua (2 Unit) dan Nuri (1 Unit). Chalet yang berada berhampiran dengan sungai ini amat unik bukan hanya kerana keindahan tumbuhan yang merimbun, serta pemandangan sungai yang mengasyikan, bahkan tidur anda turut diulit dengan alunan sungai yang tiada henti. Chalet ini sesuai untuk 2 - 3 orang (Maksimum 4 Orang) dimana di dalamnya terdapat 1 unit katil kelamin, Televisyen, aircond, kipas dan astro. Gabungan binaan kayu dan batu ini pasti menjanjikan keselesaan buat pengunjungnya.

                           
              
Kembali































                     

 Chalet VIP Suite


 

 
      

Harga
Hujung Minggu : RM 300 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 260 / Unit / Hari

Chalet VIP Suite ini terdiri dari 2 unit chalet iaitu Merbuk (1 Unit) dan Serindit (1 Unit). Kedua-dua chalet ini terletak di bahagian tengah resort di mana kedua-duanya mempunyai ruang tamu dan bilik. Chalet ini boleh memuatkan seramai 2 - 3 orang seunit (Maksimum 4 Orang) dan di dalamnya terdapat 2 unit katil bujang, Televisyen, kipas, astro dan aircond serta seunit almari pakaian selain set sofa.
Chalet Serindit merupakan binaan kayu sepenuhnya. Ia di lengkapi set sofa rotan yang menambah ciri-ciri tradisi rumah melayu, manakala Chalet Merbuk pula menggabungkan kayu dan batu sungai dalam binaannya. Ruang tamunya pula dilengkapi dengan
satu set sofa buatan kayu yang sedondon dengan binaannya. Kedua-dua chalet ini bukan sahaja memiliki seni reka yang menarik tetapi turut dihiasi dengan landskap yang cantik.

         
 
         
 
         

     

Kembali

  





































Chalet River View
            

Harga
Hujung Minggu : RM 300 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 260 / Unit / Hari

Chalet River View ini terdiri dari 2 jenis iaitu chalet Kasawari (4 Unit) dan Tekukur (1 Unit).

Chalet Tekukur
Chalet Tekukur yang dibina hasil gabungan kayu, batu dan nibong boleh memuatkan seramai 2 - 3 orang  (Maksimum 3 Orang) dalam satu masa dimana ia dilengkapi dengan 3 unit katil bujang, 1 unit almari, kipas, televisyen, astro dan aircond. Chalet ini terletak di tepi jalan menuju ke sungai dan binaan tanpa tangga ini digemari kerana lebih mesra pengguna.
 
 
 
 


Chalet Kasawari
Terdapat 4 unit chalet Kasawari. Kesemuanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Chalet ini berada betul-betul di tepi sungai dan dihiasi dengan landskap hasil gabungan batu sungai dan pokok bunga.
 

 

Kasawari 1

 



Chalet Kasawari 1 boleh memuatkan seramai 4 - 5 orang (Maksimum 5 Orang) dalam satu masa. Chalet ini mempunyai 1 bilik yang dilengkapi dengan 1 unit katil kelamin dan aircond. Manakala ruang utamanya dilengkapi dengan 2 unit katil bujang, televisyen dan astro serta kipas.
 

 
 

 
 
Kasawari 2
 

Chalet Kasawari 2 juga mempunyai sebuah bilik seperti di Kasawari 1 dimana di dalamnya terdapat 1 unit katil kelamin. Di bahagian ruang tamu pula terdapat sebuah sofa (three sitter), televisyen dan astro serta kipas. Chalet ini turut dilengkapi dengan aircond. Ia boleh memuatkan sekitar 3 orang (Maksimum 4 Orang) dalam satu masa dan keistimewaan chalet ini adalah berandanya yang luas, selesa serta kedudukannya yang menghadap ke arah sungai.
 


 
Kasawari 3 dan 4



Chalet ini agak unik kerana terdapat sebuah ruang masak disediakan di dalam chalet ini. Malah segala kelengkapan dapur seperti dapur dan tong gas di sediakan. Chalet ini hanya di lengkapi dengan 2 unit katil bujang dan turut disediakan di dalam chalet ini adalah, televisyen, astro, aircond serta almari.Chalet ini boleh memuatkan seramai 2 - 3 orang (Maksimum 3 Orang) sahaja. 
 

 

                                                                  

Kembali





































Chalet Atas Bukit

                 
 
                   
        
Harga
Hujung Minggu : RM 200.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 170.00 / Unit / Hari

Chalet Atas Bukit atau lebih dikenali sebagai Chalet Kelicap terdiri daripada 7 unit chalet.
Chalet ini terletak di bahagian lereng bukit dan konsepnya hampir sama dengan Chalet 1 1/2 Tingkat.
Chalet ini mempunyai loteng dimana di loteng tersebut terletak 3 unit tilam bujang beserta kipas, manakala
di bahagian bawahnya terdapat 2 unit katil bujang. Setiap chalet ini dilengkapi dengan kemidahan tandas, televisyen,
ASTRO dan Kipas. Pengunjung pasti teruja dengan pemandangan yang boleh dilihat dari chalet ini.
Ia sesuai untuk 5 - 6 orang (Maksimum 6 Orang) dalam satu masa. Walaupun tidak dibekalkan dengan kemudahan aircond, namun kedudukannya di kawasan tinggi menjadikan ia lebih sejuk dari chalet-chalet yang lain.


                                                           

Kembali





































Chalet Hill Homes
 

                                                                   
Harga
Hujung Minggu : RM 140.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 120.00 / Unit / Hari 

Chalet ini di bina di puncak Kalumpang Resort. Chalet ini terdiri dari 2 unit chalet iaitu Enggang dan Cenderawasih.
Chalet ini hampir sama dengan konsep chalet 1 1/2 Tingkat di mana ia boleh memuatkan seramai 5 - 6 orang (Maksimum 6 Orang) dalam satu masa.
Di dalamnya terdapat 2 unit katil bujang di bahagian bawah dan 3 unit chalet di bahagian loteng. Chalet ini amat sesuai untuk pengunjung yang gemar akan suasana yang lebih privasi dan mencabar kerana untuk sampai ke chalet ini pengunjung perlu mendaki bukit melalui laluan yang di sediakan. Selalunya ia di jadikan chalet persinggahan bagi aktiviti pacuan 4 roda.
     


Kembali












































                                                                                       




Chalet Kabin
Chalet Layang-layang 1 hingga 10

                                                             

Harga
Hujung Minggu : RM 220.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 200.00 / Unit / Hari

Chalet Kabin atau lebih dikenali dengan nama Chalet Layang-layang mempunyai 10 unit di mana setiap satunya boleh memuatkan
seramai 8 orang (Maksimum 8 Orang). Chalet ini mempunyai 4 unit katil 'double decker', Televisyen, Kipas, ASTRO dan Aircond. Kesemua chalet ini terletak
berhampiran dengan sungai dan pintu pagar kedua Kalumpang Resort. Chalet ini amat sesuai untuk peserta kursus memandangkan
kedudukannya yang berhampiran dengan dewan, padang dan kafe. Landskap chalet ini amat mengujakan dengan kehadiri sungai kecil
dan kolam serta wakaf yang dibina berhampiran.
 


Chalet Layang-layang 11 dan 12

     

Chalet Layang-layang 11 dan 12 ini mempunyai sebuah bilik, sebuah ruang tamu dan sebuah ruang untuk memasak.
Dalam biliknya terdapat 2 unit katil bujang, manakala di ruang tamunya terdapat 3 unit tilam bujang selain sebuah ruang memasak.
Chalet ini dilengkapi dengan televisyen, kipas dan tandas. Chalet ini boleh memuatkan sekitar 5 - 6 orang pada satu masa.
 

 Chalet Perindu

 
        
   
Chalet ala Flintstone ini di bina di bahagian atas bukit berhampiran dengan kolam buatan dan di penuhi oleh
pohon buah-buahan. Chalet ini menawarkan kemudahan tempat memasak untuk kemudahan pengunjung
yang gemar menyediakan juadah sendiri untuk keluarga.
Chalet ini amat sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti yang lebih privasi dan ia lebih menyeronokkan apabila
tiba musim buah-buahan.  
Terdapat perbezaan di kalangan chalet ini antaranya:

Harga
Perindu (9 Unit)
Hujung Minggu : RM 220.00 / Unit / Hari
Hari BIasa : RM 200.00 / Unit / Hari

Chalet ini dilengkapi dengan 3 unit katil bujang dan boleh ditambah dengan beberapa unit tilam lagi. Chalet ini boleh memuatkan seramai 3 - 4 Orang Dalam satu masa (Maksimum 4 orang). Dilengkapi dengan kemudahan aircond
 



Harga
Asrama Perindu (7 Unit)
Hujung Minggu : RM 160.00 / Unit / Hari
Hari BIasa : RM 140.00 / Unit / Hari
 

Terdapat 7 Unit Asrama yang dibina di Perindu Resort. Kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan tilam, tandas dan kipas.
 
Kembali

































Chalet Serama

Harga
Hujung Minggu : RM 220.00 / sehari / seunit
Hari Biasa : RM 200.00 / Sehari / Seunit

Chalet ini terletak berhampiran dengan chalet Camar dan Bayan. Chalet ini mempunyai 3 Unit katil bujang dan dilengkapi dengan telivisyen, astro, aircond,
almari dan tandas. Ia boleh memuatkan sekitar 3- 4 orang dalam satu masa.

              

Kembali

















Chalet Walid

   

Harga
Hujung Minggu : RM 220.00 / sehari / seunit
Hari Biasa : RM 200.00 / sehari / seunit

Chalet ini terletak berhampiran dengan chalet layang-layang. Chalet ini dilengkapi dengan dua unit katil bujang, satu unit almari, televisyen dan astro serta aircond.
Terdapat 6 unit chalet walid.
 

 

Kembali


































CHALET KIWI
 

Harga
Hujung Minggu : RM 200 / Sehari / Seunit
Hari Biasa : RM 170 / Sehari / Seunit
 
Chalet ini terletak berhampiran dengan Chalet Tepi Sungai. Rekabentuknya hampir sama dengan Chalet Walid. Di dalamnya terdapat 2 Unit Katil Bujang, Peti Telivisyen dan Sebuah Almari.
Walaupun chalet ini tidak dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, namun chalet ini tetap dalam keadaan sejuk dan selesa bagi pengunjung yang cintakan situasi yang lebih semula jadi.








Kembali















Chalet Kedidi
 

 
Harga
Hujung Minggu : RM 220 / Seunit / Sehari
Hari Biasa : RM 200 / Seunit / Sehari
 
Chalet ini terletak hampir dengan sungai. Kelihatan lebih eksklusif dan dilengkapi dengan 2 unit katil bujang, TV, ASTRO, Almari dan tandas.
Pemandangan dari chalet ini amat menarik kerana kedudukannya yang menghadap sungai.
 

Kembali
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 

PENGINAPAN ASRAMA

      

Asrama

 
Harga : RM 700.00 / Unit / Hari

Sebagai memenuhi keperluan pengunjung yang ingin datang berkursus dalam jumlah yang ramai, pihak Kalumpang 
Resort telah menyediakan 5 unit asrama yang setiap satunya boleh memuatkan sekitar 50 orang. Setiap asrama dibekalkan 
dengan 25 unit katil ' double decker' dan dilengkapi dengan kipas, tandas dan bilik mandi. 


                                                                                     
 
Mini Asrama

   

Memerang
 

Harga : RM 600.00 / Unit / Hari

Selain asrama yang boleh memuatkan seramai 50 orang, asrama ini pula dibina di atas sungai kecil di bahagian hadapan
Kalumpang Resort. Ia boleh memuatkan seramai 20 orang dan mempunyai 3 bilik. Asrama ini bukan sahaja sesuai untuk 
peserta kursus tetapi juga sesuai untuk keluarga. Di dalamnya terdapat kipas dan bilik air. Selain itu, asrama ini juga tidak 
di sertakan dengan katil, dimana pengunjung akan tidur di atas tilam sahaja bagi mengekalkan ciri-ciri rumah kampung.


                                                             

   

Bangau

Harga : RM 300.00 / Unit / Hari

Asrama bangau ini boleh memuatkan seramai 5 orang di mana di dalamnya terdapat 5 buah katil bujang. Asrama ini
juga dibekalkan dengan tandas dan kipas serta aircond. Asrama yang terletak di bahagian atas pejabat Kalumpang Resort ini juga sesuai untuk penginapan keluarga.
Tapak Perkhemahan


Harga : RM 20.00 / Tapak / Hari

Selain tempat penginapan chalet dan asrama, Kalumpang Resort juga tidak melupakan pengujung yang gemar akan 
aktiviti perkhemahan. Untuk itu sebuah tapak perkhemahan di bahagian atas bukit di Kalumpang Resort telah di bina. 
Tapak ini boleh memuatkan sebanyak 50 - 70 unit khemah dalam satu masa. Tapak ini turut di sediakan dengan 
tandas dan bilik air untuk kemudahan pengguna. 

Kemudahan_Lain









































KEMUDAHAN DEWAN


Dewan + PA System  = RM650.00
Penggunaan Dewan Sehari (Pagi - Petang) = RM350.00
Tambah LCD =RM220.00

Kemudahan Dewan juga disediakan oleh pihak Resort untuk kegunaan pelanggan yang menjalankan aktiviti indoor seperti kursus dan sebagainya. Kemudahan ini turut disediakan dengan kemudahan PA system, kerusi dan meja. Sebuah dewan boleh memuatkan sebanyak 80 orang dalam satu masa. Dewan juga boleh digunakan sebagai tempat untuk aktiviti seperti jamuan, majlis atau mesyuarat.
 

                                                           

         

                                                                       

         

                                                                         

Kemudahan_Lain





































SURAU

       

                                                                 
 
Kalumpang Resort turut menyediakan sebuah surau bagi umat islam untuk menunaikan solat. Surau ini boleh memuatkan seramai 100 orang dalam satu masa.


Kemudahan_Lain

  




































KAFETARIA
      
                                                                                                                     
 
 
        
Selain itu, resort tidak lupa menyediakan sebuah kafeteria untuk para pengunjung yang hadir. Dengan adanya kafeteria ini boleh memudahkan para pengunjung menjamu selera.
Kafeteria ini boleh memuatkan seramai 200 orang dalam satu masa. selain itu, tempat karoake juga disediakan untuk para pengunjung yang hadir.
Kemudahan_Lain



































 WAKAF

         
 
                                                          
 
                                                                                                                      
 
Wakaf kasturi, Wakaf baru, Wakaf sedap malam = RM 50.00

Wakaf Anggerik,Wakaf Kemboja, Wakaf Melati,Wakaf Lily = RM 30.00

Selain tempat penginapan chalet dan asrama, Kalumpang Resort juga tidak melupakan pengunjung yang ingin beristirehat ketika waktu lapang.
Untuk itu beberapa wakaf telah kami sediakan untuk pengunjung yang hadir beristirehat. Wakaf ini boleh memuatkan sebanyak 10-30 orang dalam satu masa.

Kemudahan_Lain








































TANDAS AWAM
                                                         
 
 

Selain itu, tandas awam juga disediakan oleh pihak resort untuk kemudahan pengunjung awam. Tandas awam ini boleh digunakan oleh pengunjung yang tidak menginap di Kalumpang Resort.


Kemudahan_Lain










 
 
 

Di Kalumpang Resort juga terdapat taman rekreasi. Taman rekreasi ini amat sesuai kepada pengunjung yang menginginkan suasana yang tenang

 
 



kemudahan lain













 PADANG

 


Sewa Padang = RM 100.00
Sewa Padang Perindu = RM 200.00


Kalumpang Resort juga menyediakan kawasan padang untuk pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti permainan dan lain-lain. Padang di Kalumpang Resort terbahagi kepada dua iaitu di Kalumpang Resort dan di Perindu Resort.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KOLAM MANDI
 


Kemudahan lain yang disediakan oleh Kalumpang Resort adalah kolam mandi. Kolam mandi juga dibahagikan kepada dua iaitu kanak-kanak dan orang dewasa.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
        



 
Di Kalumpang Resort juga terdapat kolam ikan. Terdapat beberapa jenis ikan yang terdapat didalam kolan ikan tersebut. Tapi ingat, ikan yang dipelihara bukan untuk dipancing.
 
 
 
 
 
 



 
TEMPAT PARKING


 
     
          

Tempat parking juga disediakan kepada para pengunjung yang hadir ke resort tersebut.  Ini memudahkan kepada pengunjung yang ingin bermalam beberapa hari  di Kalumpang Resort.
Kemudahan_Lain











TEMPAT BERKHELAH

                                                        
 
Selain menginap di Kalumpang Resort, pihak Kalumpang Resort juga turut menyediakan tempat untuk berkhelah. Kawasan ini terletak berhampiran sungai dan dihiasi dengan keindahan alam flora serta gunung ganang yang menghijau. Selain itu, Kalumpang Resort turut di penuhi dengan pokok bunga dan buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak, manggis dan pulasan. Anda pasti teruja jika berada di Kalumpang Resort ketika musim buah tiba. Kerana segalanya di hadiahkan percuma untuk santapan anda. Syurgia di ingatkan buah-buahan adalah untuk dimakan di resort sahaja, tidak boleh dibawa pulang.
 
                                                             
 
KEDAI CENDERAMATA


Tidak lengkap rasanya jika mengunjungi Kalumpang Resort tanpa membawa pulang sebarang cenderamata dari sini.
Untuk itu, pihak resort juga menyediakan kedai cenderamata untuk para pengunjung yang hadir.
Pengunjung juga boleh membeli cenderamata sebagai kenangan.



      
Pasti anda tertarik apabila kedatangan anda di sambut dengan telantah lincah si untung (monyet) di pintu masuk Kalumpang Resort. Selain keindahan flora yang indah, Kalumpang Resort juga menyediakan banyak fauna yang agak jarang ditemui di bandar. Antara haiwan peliharaan kami ialah Burung Tiung, Burung Kakak Tua, Burung Serindit, Burung Merpati, Burung Merak, Ayam Belanda, Angsa, Itik, Ikan, Arnab dan Monyet.
 
 
MINI MARKET

                                                        

Lapar? Atau tertinggal keperluan peribadi anda? Usah risau, kunjungilah pasar mini kami.
Kami menyediakan pelbagai keperluan harian anda disamping makanan dan minuman bagi mengisi perut anda yang kosong sebaik sahaja naik dari sungai.

kemudahan lain

 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
      
 
                                                     

        
 
                                                                               
 
Di Kalumpang Resort  juga terdapat sebuah Coffee House untuk kemudahan para pengunjung.
Kami juga turut menyediakan hidangan ala carte dan makanan segera seperti buger dan kentang goreng.
Di samping itu, para pengunjung juga boleh menghayati pemandangan air sungai sambil menikmati juadah yang disediakan sambil diiringi dengan bunyian alunan air sungai yang mengalir tanpa henti
 
  kemudahan lain












RENTAS HALANGAN

  

Pihak Kalumpang Resort juga menyediakan kawasan rentas halangan kepada mereka yang mengemarkan aktiviti lasak dan mencabar.
Kawasan rentas halangan ini juga sesuai digunakan kepada mereka yang menjalani latihan, kursus motivasi dan ketahanan fizikal.

 

                 
                                              
Kemudahan_Lain

KALUMPANG GRILL AND STEAMBOAT
 
Bagi yang gemar akan makanan laut,
Kalumpang Grill and Steamboat adalah
pilihan paling tepat. 
Pelbagai pilihan makanan ada disediakan
dengan harga yang amat berpatutan.
 
Sila kunjungi kami di
Gerai Sukan Lasak
Majlis Daerah Hulu Selangor
Kerling

 

HARGA BARU 2014

PELANGGAN YANG DIKASIHI, SILA RUJUK HARGA TERBARU KAMI

YANG AKAN BERKUATKUASA DARI 1 JANUARI 2014
 
HARAP MAKLUM

KERJASAMA DAN PERHATIAN DARIPADA ANDA AMAT KAMI HARGAI
 

KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE